Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne, melihat Kylian Mbappe mampu menjadi bintang bola sepak dunia untuk 15 tahun akan datang.
Perancis dan Mbappe akan bertemu De Bruyne serta Belgium dalam aksi separuh akhir Piala Dunia di St Petersburg, awal pagi esok.
Penyerang muda itu mula menonjolkan kebolehannya 18 bulan lalu selepas menyertai kesebelasan utama Monaco.
Bintang Manchester City, De Bruyne, mengetahui kebolehan pemain itu mampu menjaringkan gol dengan kedua-dua belah kaki ketika dalam dua aksi Liga Juara-Juara (UCL).
"Dia menjadi bintang buat Perancis," kata De Bruyne.
"Ketika saya berdepan Monaco, dia hanya baru beraksi dalam 10 perlawanan. Dia masih belum bermain banyak perlawanan serta kurang berpengalaman.
"Saya tidak mengenalinya ketika itu dan kini dia telah bermain selama satu setengah tahun. Bermain untuk pasukan gergasi, anda banyak meraih pengalaman dalam saingan UCL. Mbappe adalah pemain yang berbeza sekarang," tambahnya.
Mbappe terlepas sesi latihan di Stadium Krestovsky semalam tetapi pengendali Perancis, Didier Deschamps, berkata beliau akan menerima skuad penuh sebelum aksi berdepan Belgium.
"Mbappe akan menjadi bintang boleh sepak untuk 15 tahun akan datang. Dia mempunyai ruang untuk memperbaiki permainannya.
"Dia adalah ancaman besar Perancis dan kami perlu menghentikan gerakannya."