Skip to main content

Bola Sepak

De Bruyne bingung Sterling dikecam

sterling.jpg
Kevin De Bruyne berharap Raheem Sterling menerima pengiktirafan sewajarnya atas persembahannya dalam Piala Dunia Russia. 

Dua rakan sepasukan di Manchester City berkenaan mungkin akan bertembung di antara satu sama lain yang juga merupakan pertemuan kedua kedua-dua negara dalam temasya Russia 2018 untuk perebutan tempat ketiga di St Petersburg, malam esok.

Bagaimanapun, mereka tidak terlibat dalam aksi terdahulu memandangkan kedua-dua pengurus memilih untuk merehatkan bintang mereka menjelang aksi penting di peringkat kalah mati. 

De Bruyne jelas merupakan tunjang kepada Belgium, namun dia tidak memahami mengapa Sterling dikritik hebat.

"Saya tidak faham mengapa anda perlu mengkritik pemain negara anda kerana pada akhirnya, apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk menang," katanya.

"Saya fikir dia bermain dengan baik dalam perlawanan yang sempat saya saksikan. Memang benar jika anda tidak menjaringkan gol, maka ia akan menjadi cerita yang berbeza tetapi bukan segala-galanya dalam bola sepak mengenai jaringan. 

"Mudah-mudahan akhbar dan media boleh mempamerkan rasa hormat mereka terhadap Steriling kerana dia seorang pemain yang sangat mudah didekati dan dia mencurahkan segala-galanya untuk England -- meskipun kadang-kadang berdepan kritikan."

De Bruyne, 27, juga berharap untuk terus bergandingan dengan pemain sayap England itu lagi di Manchester City dalam usaha mempertahankan gelaran Liga Perdana.

"Raheem (Sterling) merupakan pemain yang hebat. Sejak hari pertama saya tiba di City, dia datang pada tahun yang sama, kami menyesuaikan diri dengan baik," katanya.

"Peranannya sangat penting di Manchester City dan saya harap dia boleh kekal lebih lama."

Advertisement

Must Watch Video