Skip to main content

Bola Sepak

DC United tidak lagi guna kepakaran Wayne Rooney

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wayne-rooney.jpg
Wayne Rooney akan meninggalkan DC United selepas harapan mereka untuk melangkah play-off Liga Utama Bolasepak (MLS) berakhir.

Bekas kapten England itu mula mengendalikan kelab Washington itu sejak musim panas lalu tetapi jawatannya tidak bertahan lama di sebalik kemenangan 2-0 ke atas New York City FC. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengerusi bersama, Jason Levien, berkata di dcunited.com: “Kami telah bercakap dengan Wayne dan pada masa ini bersetuju adalah yang terbaik untuk kami berpisah.

 
“Keputusan ini mewujudkan ruang kepada pengurus kami yang seterusnya untuk berpeluang sepenuhnya untuk menerapkan falsafah dan struktur baru dalam operasi sukan kami, yang memutuskan hala tuju baru mengenai calon ketua jurulatih yang paling sesuai.

“Kami berterima kasih kepada Wayne Rooney atas segala usahanya  untuk kelab kami dan untuk bola sepak di ibu negara ini, pertama sebagai pemain dan kapten DC United dan yang terbaru sebagai jurulatih kami. 

"Dia kekal sebagai bahagian penting dalam keluarga DC United dan seorang rakan yang dihargai dan disayangi.”

Rooney mula-mula berpindah ke MLS pada 2018 dengan menghabiskan 15 bulan di Washington sebagai pemain sebelum kembali pada musim panas lalu selepas memacu Derby.

Advertisement

Must Watch Video