David Luiz percaya sikap Maurizio Sarri terhadap kehidupan, ditambah dengan falsafah bola sepaknya, membantu pengurus berbangsa Itali berkenaan membuat permulaan yang mengagumkan bersama Chelsea.
Bekas jurulatih Napoli itu mencatat rekod bersih dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menggantikan rakan senegaranya, Antonio Conte, di Stamford Bridge.
Pertahanan tengah itu diketepikan oleh Conte pada musim lalu, namun dia kini kembali dipertaruhkan apabila tampil dalam keempat-empat aksi liga sebelum rehat antarabangsa di sebalik Sarri beralih strategi kepada empat pertahanan.
Impak positif yang dijelmakan Sarri -- bukan setakat daripada segi kepimpinannya semata-mata -- telah membantu menghidupkan semula kerjaya tonggak penting The Blues itu yang membantu mereka meniti kegemilangan meraih gelaran pada 2017.
"Pertama sekali, beliau seorang yang hebat, hebat sebagai manusia," kata pemain Brazil itu mengenai Sarri dalam wawancara dengan majalah Chelsea.
"Saya fikir falsafahnya untuk menjalani kehidupan sudah cukup hebat kerana dia ingin menikmati kehidupan hariannya. Dia ingin gembira dan mahu mengambil peluang ini untuk memulakan satu bab lagi dalam kisah hidupnya.
"Saya fikir ia adalah salah satu perkara paling penting dalam hidup. Apabila anda suka melakukan sesuatu, anda akan berasa gembira.
"Jadi, saya percaya dengan falsafah tersebut. Malah, dia adalah seorang jurulatih yang hebat. Dia mahu mengawal permainan, dia menuntut intensiti, membuat persiapan rapi serta menyalurkan maklumat rapi tentang perlawanan dan lawan seterusnya.
"Setiap minggu, dia cuba membuat pelan terbaik untuk menghasilkan permainan yang tepat dan ini bagus kerana dia berusaha dengan cara terbaik untuk pasukan, secara kolektif," tambahnya.
Pertahanan tersebut juga sudah masak dengan jangkaan di kelab seperti Chelsea -- begitupun, dia menegaskan tekanan untuk menghasilkan prestasi terbaik di atas padang tidak semestinya sesuatu yang buruk.
"Chelsea merupakan sebuah kelab besar dengan peluang untuk mencabar gelaran pada setiap tahun selain tekanan untuk menghasilkan keputusan dengan segera," katanya.
"Tetapi, itu merupakan tekanan yang baik dan saya fikir jika anda tidak berasakan tekanan ini, anda bukanlah jenis pemain yang sesuai untuk mewakili Chelsea.
"Lihatlah kempen Liga Juara-Juara (UCL) pada 2012. Pada satu ketika, semua orang mengatakan ia adalah kempen terburuk Chelsea dalam tempoh 10 tahun.
"Tetapi, kami turun untuk menang dalam setiap perlawanan dan akhirnya berhasil menjulang UCL, jadi ia adalah tahun yang terbaik.
"Kami berjaya mengubah tempoh terburuk kepada tahun terbaik dalam sejarah kelab ini. Ia sesuatu yang menakjubkan."