Tiada yang paling menggembirakan David Usop melainkan melihat kedua-dua penyerangnya, Mark Andrew Hartmann dan Mateo Roskam, menemui sentuhan gol semalam.
Hartmann menghadiahkan hatrick manakala Roskam meledakkan dua gol untuk membolehkan Sarawak menang dengan jaringan 6-3 terhadap pasukan Liga Perdana, MISC-MIFA, dalam saingan pembukaan Piala FA.
"Malam tadi adalah hari kami. Kami menang dengan kelas tersendiri. Hasilnya, mereka memanfaat empat gol hasil kesilapan lawan," katanya.
Menurutnya, para pemain mematuhi disiplin permainan dengan cukup baik hingga mampu melakukan asakan bertalu-talu sepanjang 45 minit pertama.
Bagaimanapun David bergusar hati apabila 45 minit berikutnya, pasukannya dilanda "sindrom selesa".
"Ia penyakit global yang menakutkan. Mereka menjadi alpa, leka dan hilang fokus, hingga membenarkan benteng terakhir dibolosi tiga kali.
"Mujur kami pantas melumpuhkan kebangkitan lawan dengan tambahan dua lagi gol, tetapi secara realitinya, ia tidak harus berlaku.
"Saya tidak mahu menyentuh keputusan pengadil, namun pasukan lawan tidak seharusnya dibenarkan melakukan asakan hingga berpeluang menghidu ruang dan peluang.
Menurutnya, ia berpunca daripada kesilapan jentera tengah dan seharusnya tidak akan berulang pada masa depan.
"Jika ia berlaku ketika kita berhadapan pasukan Liga Super, kita pasti menggigit jari," katanya lagi.
Mengulas prestasi Tommy Mawat Mada yang gagal menyempurnakan peluang yang terhidang, David berkata, ia berpunca daripada keterujaan.
"Beliau melihat dua rakan penyerang telah menggegarkan jaring lawan, justeru dia teruja untuk melakukan perkara yang sama.
"Ini menyebabkan beliau hilang ketenangan seterusnya gagal melakukan penyudahan."
Secara keseluruhan kata David, dia berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, biarpun ada banyak lagi penyesuaian yang perlu dilakukan.
Tumpuannya kini beralih kepada pertemuan di tempat sendiri dengan Melaka United dalam aksi Liga Super, hujung minggu ini.
Namun, dia masih perlu menunggu keputusan perubatan sebelum dapat menurunkan Lee Jong-ho dan Mohammad Hafiz yang mengalami kecederaan hingga diusung keluar.
"Mungkin juga saya akan menurunkan Nur Syahmie (Iszuan), tetapi semuanya bergantung kepada kecergasannya," tambahnya.