Skip to main content

Bola Sepak

Darmian tetap mahu tinggalkan United

matteo-darmian.jpg
Matteo Darmian tidak mengubah keinginannya untuk meninggalkan Manchester United walaupun dapat mengisi posisi bek kanan ketika Antonio Valencia diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Valencia dan pemain baru United, Diogo Dalot, masih belum beraksi untuk kelab itu dalam jelajah kelab di Amerika Syarikat, dengan Darmian dipilih untuk berdepan AC Milan dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).

Pertahanan itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Valencia tetapi Darmian tetap dengan pendiriannya mahu meninggalkan Old Trafford sebelum jendela perpindahan tutup.

"Saya tidak berasakan kecederaan yang dialami oleh Valencia adalah serius," kata Darmian.

"Saya tidak tahu berapa lama dia akan direhatkan, tetapi buat masa ini, dia adalah kapten pasukan, pilihan utama United.

"Saya perlu beraksi dengan lebih kerap. Musim lalu, saya tidak banyak beraksi.

"Ia adalah sebab saya telah berbincang dengan pengurus dan kelab mengenai masa depan saya," tambahnya.

Juventus dan Inter telah dikaitkan dengan Darmian tetapi pengurus United, Jose Mourinho, menjelaskan beliau masih belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana kelab.
 

Advertisement

Must Watch Video