Pemain import baru Kelantan, Mamadou Danso, sudah bersiap sedia untuk membantu pasukannya meraih tiga mata pertama jika diberi peluang oleh jurulatih, Zahasmi Ismail, untuk berada dalam kesebelasan utama.
Danso, yang berasal dari Gambia, tiba di Kota Bharu,Jumaat lalu, dan dia tidak mensia-siakan masa yang ada bagi membentuk keserasian dengan pemain yang sedia ada dalam waktu yang singkat.
Biarpun cuaca di Kota Bharu kebelakangan ini acap kali menjejaskan sesi latihan yang diatur, dia sedaya-upaya cuba mendapatkan rentak permainan pasukan bagi menambat hati Zahasmi untuk beraksi.
Baginya, pemain berpengalaman seperti Badhri Radzi dan Nor Farhan Muhammad sentiasa membantu dirinya dan pemain import yang lain dalam mencari persefahaman antara satu sama lain.
"Sudah semestinya saya bersedia selepas perlawanan minggu lalu terpaksa ditunda.
"Ia memberi saya kesempatan untuk memantapkan diri dalam latihan selama seminggu lagi.
"Ia membantu saya menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan mengenali pihak lawan," katanya.
Pemain pertahanan yang pernah menjaringkan satu gol buat skuad kebangsaan Gambia sebelum ini masih belum mengenali skuad PKNS secukupnya, dan kini hanya menilai aksi lawan menerusi analisis rakaman.
"Kami akan berhadapan dengan sebuah pasukan yang memiliki kualiti permainan individu yang tinggi.
"Kami perlu berwaspada dengan beberapa pemain mereka. Saya berpendapat dalam kancah Liga Super ini, kekuatan setiap pasukan tidak banyak bezanya.
"Sehubungan itu, saya harap kami dapat meraih tiga mata di sini."