Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Dalic yakin mampu atasi England

dalic.jpg
Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, menegaskan pasukannya akan bersedia untuk berdepan England dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia selepas mengatasi Russia, awal pagi tadi.

Croatia mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1998 dengan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 berdepan tuan rumah, Russia, di Sochi.

Kedua-dua pasukan berusaha hingga masa tambahan apabila perlawanan berakhir 2-2 di Stadium Fisht.

Tetapi dua sepakan penalti Russia gagal disempurnakan dan Ivan Rakitic memastikan Croatia meneruskan saingan ke separuh akhir.

"Tahniah kepada pemain-pemain saya tetapi Russia juga telah berjuang untuk mencari kemenangan," kata Dalic.

"Ini bukan perlawanan yang cantik tetapi adalah satu persaingan. Persaingan untuk ke separuh akhir. Kami sangat bertuah.

"Jaringan Rakitic ternyata melegakan saya. Kami telah berjaya membuat semua rakyat Croatia gembira.

"Kami masih lagi bertenaga untuk England. Kami tidak akan berhenti untuk bermain dengan cemerlang. Masih berbaki dua perlawanan," katanya.

England mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Sweden 2-0 hasil jaringan Harry Maguire dan Dele Alli.

Advertisement

Must Watch Video