Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

​Dalic: Kecergasan bukan masalah buat Croatia

zlatkodalic.jpg
Ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, menegaskan pemain-pemain akan memberitahunya jika ada yang tidak cergas untuk menghadapi aksi final Piala Dunia berdepan Perancis, malam ini.

Ketiga-tiga aksi pusingan kalah mati Croatia perlu ditentukan dalam masa tambahan, dengan skuad kendalian Dalic itu meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti sebelum mengatasi England 2-1 dalam separuh akhir.

Ia meningkatkan kebimbangan terhadap kecergasan pemain-pemain Croatia untuk aksi terakhir di Moscow tetapi Dalic tidak meragui dan yakin telah membentuk etika dalam pasukan untuk mengelak pemain beraksi dalam keadaan tidak cergas.

"Ia perlawanan final Piala Dunia, pemain-pemain tahu kepentingannya," katanya.

"Perkara yang paling penting buat saya adalah pemain-pemain memberitahu kepada saya bahawa mereka tidak cergas sepenuhnya.

"Kami menghasilkan hubungan bahawa mereka akan mengakui "Saya tidak cergas, saya akan terlepas aksi final."

"Mereka mengetahui kepentingan perlawanan ini tetapi jika mereka tidak dapat memberikan yang terbaik, mereka akan memberitahu kami.

"Kami tidak mengutamakan sesi latihan kerana tiada apa lagi untuk berlatih. Kami perlu berehat, tenang dan kami memiliki sedikit masalah kecederaan dan berharap semua pemain pulih.

"Pemain-pemain saya bersedia untuk perlawanan ini," tambahnya.

Pemain tengah seperti Luka Modric dan Ivan Rakitic merupakan bintang utama buat Croatia dalam kejohanan Russia 2018 tetapi Dalic memberikan pujian kepada penyerang, Mario Mandzukic, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas England, Rabu lalu.

"Dia seorang pemain bertaraf dunia. Sepanjang kariernya, dia menjulang pelbagai trofi.

"Dia memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan. Mandzukic adalah pemain yang menggabungkan rangkaian permainan dan taktikal kami.

"Dia telah menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir dan mana-mana jurulatih perlukan pemain sepertinya dalam skuad mereka."

Advertisement

Must Watch Video