Rakan senegara Wayne Rooney, Peter Crouch, berasakan bahawa pencapaian yang diraih oleh penyerang Manchester United itu "kurang dihargai".
Sejak membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada usia 16 tahun, Rooney telah memenangi lima kejuaraan liga, Liga Juara-Juara (UCL), Liga Europa (UEL), Piala FA dan empat trofi Piala EFL.
Rooney diangkat sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman United menerusi sepakan percuma ketika bertemu Stoke City, dan kini di belakang Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak dalam saingan EPL.
Pencapaiannya bukan sahaja terhad dalam saingan kelab, malah pemain berusia 31 tahun itu memintas rekod Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak England pada 2015.
Rooney dan Crouch sering bergandingan ketika berkhidmat untuk The Three Lions dan percaya pemain veteran United itu sewajarnya menerima penghargaan yang setimpal.
"Jika anda melihat karier Rooney, saya berasakan dia seperti kurang dihargai," kata Crouch.
"Dia adalah penjaring terbanyak United dan England.
"Saya masih ingat ketika dia mula mengukir nama seawal usia 16 tahun.
"Dia memiliki karier yang luar biasa dan Rooney merupakan salah seorang pemain terbaik di England.
"Saya berasakan akan tiba satu masa di mana semua orang akan mengingati jasa yang telah Rooney lakukan kepada dunia bola sepak."