Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Croatia berpeluang cipta sejarah baru -- Ivankovic

croatia-croppe.jpg
Bekas penolong jurulatih Croatia, Branko Ivankovic, berharap generasi pemain sedia ada menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menamatkan saingan Piala Dunia Russia dalam kelompok tiga terbaik.

Skuad kendalian Zlatko Dalic itu berada di landasan untuk menyamai pencapain terbaik Croatia pada edisi 1998 apabila muncul pasukan ketiga terbaik di Perancis.

Ivankovic, yang merupakan penolong jurulatih dalam kejohanan itu, berkata Croatia –- yang bakal berdepan Russia dalam suku akhir, Sabtu ini  -- memiliki peluang yang tidak boleh dilepaskan.

"Saya sangat berbangga dengan kejayaan pasukan Croatia dalam saingan Piala Dunia di Russia setakat ini," katanya.

"Kami akhirnya menampilkan potensi mereka untuk mencapai tahap ini. Piala Dunia kali ini memberikan peluang sekali lagi buat Croatia untuk membawa pulang pingat sekali lagi.

"Perkara paling penting adalah memenangi perlawanan di peringkat kumpulan dan fasa kedua kejohanan setakat ini berjalan seperti apa yang telah dirancang.

"Saya percaya kami adalah pasukan yang lebih kuat berbanding Russia, ini merupakan peluang kami untuk mara ke separuh akhir."

Jika Croatia mengatasi Russia, mereka akan berdepan England atau Sweden dalam pemburuan slot ke perlawanan akhir.

 

Advertisement

Must Watch Video