Cristiano Ronaldo telah bersetuju kembali menyertai Manchester United, kelab mengumumkannya semalam selepas memeterai perpindahan yang bernilai EURO15 juta dengan tambahan EURO8 juta, menurut sumber ESPN.
Pemain berusia 36 tahun itu kembali ke Old Trafford 12 tahun selepas berhijrah menyertai Real Madrid dan bakal menandatangani kontrak dua tahun.
United memuatnaik kolaj Ronaldo ketika dia sebelum ini mewakil kelab itu berserta dengan kata-kata, "Selamat pulang, @Cristiano."
Menurut satu kenyataan dari United, "Manchester United dengan senang hati mengesahkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Juventus untuk perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk kepada persetujuan dan syarat peribadi, visa dan perubatan.
"Cristiano, pemenang Ballon d'Or lima kali, setakat ini telah memenangi 30 gelaran utama sepanjang karier, termasuk lima gelaran Liga Juara-Juara (UCL), empat Piala Dunia Kelab FIFA , tujuh gelaran liga di England, Sepanyol dan Itali serta Kejuaraan Eropah bersama Portugal.
"Bersama Manchester United, dia menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan. Semua di kelab berharap dapat menyambut Cristiano kembali ke Manchester."
Pemain antarabangsa Portugal itu berangkat ke Real Madrid pada tahun 2009 dengan bayaran rekod dunia sebanyak GBP80 juta tetapi kini bakal mengharungi satu kepulangan yang penuh beremosi.

Welcome ????, @Cristiano ?#MUFC | #Ronaldo
— Manchester United (@ManUtd) August 27, 2021