LIGA INGGERIS
COVID-19: Klopp tidak nampak manfaat 100 peratus hentikan liga
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak nampak manfaat 100 peratus terhadap langkah untuk menghentikan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tengah-tengah peningkatan penularan kes COVID-19.
Separuh daripada 10 perlawanan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan dan tiga pemain The Reds - Virgil van Dijk, Fabinho dan Curtis Jones -- disyaki dijangkiti pandemik itu.
Bagaimanapun, di sebalik gangguan yang disebabkan oleh lonjakan kes itu, Klopp tidak pasti bahawa penggantungan liga sama sekali adalah satu penyelesaian tepat kerana ia hanya akan menjurus kepada jadual padat pada kemudian hari.
Iklan
“Pertama sekali, saya tidak menentang untuk menghentikan liga, saya cuma tidak nampak 100 peratus faedah daripadanya,” katanya menjelang perlawanan Liverpool menentang Tottenham, awal pagi Isnin ini.
Jürgen Klopp says Liverpool are still awaiting confirmation of the suspected positive COVID-19 tests of Fabinho, Curtis Jones and Virgil van Dijk.— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2021
"Sama ada menggantung atau meneruskan liga adalah satu tahap berbeza yang boleh dibincangkan. Menghentikan liga bermakna kami berhenti selama seminggu dua, jadi ini mungkin bermakna lima atau enam perlawanan akan tertangguh.
"Jadi, bila anda mahu ia dilangsungkan pula? Mungkin pada satu ketika ia bukan dalam tangan kami lagi dan orang lain akan menghentikan liga.
"Atau kami teruskan permainan, ia sesuatu yang benar-benar sukar -- hampir mustahil kerana kami kini bukan sahaja mempunyai skuad yang lebih kecil kerana makin ramai pemain dijangkiti, begitulah situasinya pada masa ini. Semoga kita dapat memutuskan rantaian jangkitan ini. Entah bagaimana, tetapi tidak mungkin ia akan berlaku.
"Dengan skuad yang lebih kecil, kami tidak mampu memenuhi jadual yang ditetapkan. Mampukan kami beraksi? Ya. Bolehkah kami menggunakan pemain remaja, pemain akademi? Ya. Bolehkah kami mengharungi permainan setiap tiga hari? Tidak.
"Walaupun anda kekal sihat, ia sudah cukup sukar tetapi dengan skuad tidak lengkap, ia menjadi cukup sukar dan mustahil.
"Jelas ada beberapa perkara yang perlu kami bincangkan dan mungkin kami melihatnya sebagai peluang kerana jadual perlawanan sentiasa sangat sukar buat kami dan tidak akan berakhir.
"Jadual ketika ini sudah terlalu padat malah tiada ruang untuk sebarang penjadualan semula. Kemudian kita mula sedar bahawa kita boleh melakukan yang lebih baik lagi."
Liverpool ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, dan tiga mata mendahului Chelsea yang menghuni tangga ketiga.
Must-Watch Video