Bintang Brazil, Philippe Coutinho, berkata dia bersedia menghadapi tindak balas selepas kekalahan mengejut kepada Belgium dalam suku akhir, awal pagi tadi.
Gol sendiri Fernandinho dan satu penyudah gemilang Kevin De Bruyne membantu Belgium untuk meraih kemenangan 2-1 di Kazan, yang turut menyaksikan gol tandukan pemain gantian, Renato Augusto, memberi skuad kendalian Tite itu sedikit harapan.
Bagaimanapun, mereka gagal mendapat gol penyamaan di sebalik asakan bertalu-talu pada penghujung permainan, dengan pasukan pilihan ramai itu tersingkir di peringkat suku akhir.
“Kami mahu mara sehingga ke final tapi kami telah memberikan yang terbaik. Semua orang telah memberikan segala-galanya,” pemain perancang Barcelona itu memberitahu SporTV.
"Saya percaya kami akan dihentam daripada segenap sudut. (Namun) hidup perlu diteruskan, itulah bola sepak. Anda menang dan anda kalah.
“Kami sedih kerana kami benar-benar mahu menang, sama seperti seluruh rakyat Brazil. Malangnya kami tidak mampu,” ujarnya.
Piala Dunia 2018 mungkin menjadi yang terakhir buat beberapa pemain Brazil, dengan sembilan daripada skuad 23 pemain kali ini sudah melewati usia 30-an.
Pemain pertahanan, Miranda, 33, bagaimanapun, enggan mengesahkan masa depannya sambil tidak yakin ia adalah penampilan terakhirnya di pentas tertinggi ini.
“Sukar untuk bercakap mengenai perkara ini kerana semua pemain di sini adalah sebahagian daripada satu generasi.
“Saya tidak akan mengucapkan selamat tinggal tapi saya juga enggan mengesahkan saya akan berada dalam Piala Dunia berikutnya,” katanya lagi.