Penjaga Belgium, Thibaut Courtois, menegaskan kata-katanya terhadap Jordan Pickford tidak bermaksud untuk memperkecil-kecilkan penjaga gol nombor satu England itu.
Pickford mempertahankan kebolehannya di sebalik membenarkan jaringan kemenangan yang disumbat oleh Adnan Januzaj ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan G.
Courtois menganggap fizikal penjaga gol Everton itu yang terlalu kecil menjadi faktor dia gagal menafikan jaringan itu.
Tetapi dia menjelaskan selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Brazil dalam suku akhir awal pagi tadi bahawa dia sebenarnya memuji Pickford.
"Saya mahu menjelaskan mengenai isu Pickford, saya tidak pernah mengejek ketinggiannya," katanya.
"Saya tidak pernah memperlekehkan ketinggian mana-mana penjaga gol.
"Dia seorang penjaga gol yang berkualiti dan membuktikannya tahun ini."
Pickford menjadi watak penting selepas menafikan satu jaringan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti manakala Courtois menafikan Brazil.
Gandingan itu mungkin bertemu sekali lagi dalam aksi final dengan England akan berdepan Sweden untuk merebut slot ke separuh akhir.