Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Courtois mahu berganding dengan Lukaku di Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

030617romelulukaku.jpg
Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, berharap rakan senegaranya, Romelu Lukaku, kembali menyertai Chelsea tetapi segala keputusan terletak di tangan penyerang Everton itu.

Lukaku telah menolak tawaran lanjutan kontrak untuk kekal di Goodison Park, dengan ejennya, Mino Raiola, menjelaskan bintang tersebut akan meninggalkan Everton untuk menyertai "kelab-kelab tertentu".

Dan Lukaku telah dikaitkan bakal kembali ke pangkuan Chelsea dan Courtois sedia menyambutnya dengan tangan terbuka untuk beraksi di Stamford Bridge.

"Lukaku merupakan pemain yang berkualiti dan jika dia mengambil keputusan untuk ke Chelsea, saya sangat gembira untuk menerimanya," kata Courtois.

"Saya berpendapat dengan tawaran yang sesuai, dia akan berhijrah. Tetapi segala keputusan terletak di tangannya."

Sementara itu, Courtois mahu memastikan masa depannya kukuh bersama Chelsea dan sedang menantikan tawaran kontrak baru daripada kelab tersebut.

"Saya sangat gembira di sini dan tidak berasa ragu untuk kekal bersama Chelsea. Kontrak saya bakal tamat dalam tempoh dua tahun lagi, jadi saya akan menantikan untuk memperbaharuinya."

Advertisement

Must Watch Video