Thibaut Courtois memberikan maklum balas kepada pengkritiknya ketika Belgium melakar kemenangan 2-1 ke atas Brazil sambil menjelaskan bahawa kritikan terhadapnya adalah tidak adil.
Courtois tidak mengharungi musim yang cemerlang di Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), merudum persembahannya dan masa depan pemain itu bersama kelab London berkenaan menjadi tanda tanya.
Tetapi dia telah menampilkan persembahan bertaraf dunia di Kazan, menafikan beberapa percubaan Brazil untuk memastikan Belgium melakar kemenangan 2-1 dan mara ke separuh akhir.
"Saya berasakan tidak adil kerana dikritik sepanjang tahun. Hari ini saya membuktikan kebolehan saya," katanya.
"Taktikal kami sangat baik. Hari ini merupakan persembahan terbaik kami."
Kevin De Bruyne mengakui bergelut untuk bersaing dengan Brazil dalam separuh masa kedua tetapi menyanjung perwatakan Red Devils.
"Sukar untuk bersaing dengan Brazil, mereka adalah pasukan yang berkualiti," kata De Bruyne.
"Kecemerlangan pasukan dalam separuh masa pertama sudah cukup memberikan kemenangan buat Belgium."