Skip to main content

Bola Sepak

Courtois anggap Deulofeu jatuh dengan sengaja

6218gerard-deulofeu.jpg
Thibaut Courtois mendakwa pemain sayap Watford, Gerard Deulofeu, jatuh dengan sengaja untuk mendapatkan sepakan penalti ketika Chelsea tewas 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Chelsea beraksi dengan 10 pemain selepas Tiemoue Bakayoko dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan, Mike Dean, dalam tempoh lima minit.

Selepas itu, Deulofeu melakukan larian ke dalam kotak penalti dan dijatuhkan oleh Courtois dan Dean memberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Troy Deeney.

Eden Hazard menyamakan kedudukan buat Chelsea tetapi jaringan lewat daripada Daryl Janmaat, Deulofeu dan Roberto Peyreya menyempurnakan kemenangan bergaya The Hornets di bawah kendalian Javi Gracia.

Tetapi Courtois tidak berpuas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh Dean, dengan mencadangkan Deulofeu telah berjaya menipu pengadil perlawanan, serta keputusan terhadap Bakayoko.

"Kad merah yang diberikan terlalu ringan di atas kesalahan yang telah dilakukan. Penalti yang diberikan jelas sekali menyaksikan Deulofeu melakukan jatuhan simulasi," kata Courtois.

"Saya berasakan kami menyedari pemain-pemain berada di serata dunia. Penyerang seperti mereka akan berusaha untuk mendapatkan penalti."

Chelsea kini telah tewas dalam dua perlawanan EPL berturut-turut, yang memberikan tekanan kepada Antonio Conte.

"Saya berasakan kami telah beraksi dengan baik ketika bertemu Arsenal walaupun bolos pada penghujung permainan.

"Sukar untuk mendapatkan keputusan positif sejak tewas dua kali dan kami perlu mencari semula persembahan terbaik kami.

"Kami mengharungi bulan yang sukar, saingan Liga Juara-Juara (UCL) menyaksikan kami akan berdepan Barcelona, kami perlu bekerja keras," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video