Bekas pengendali Rennes, Rolland Courbis, berharap Ousmane Dembele dapat mengatasi aksi kurang konsisten yang dipamerkan bersama Barcelona musim ini dan cemerlang dalam saingan Piala Dunia Russia nanti.
Selepas Dembele berhijrah dari Borussia Dortmund ke Camp Nou tahun lalu, kariernya di Barca dihimpit masalah kecederaan ketika beraksi dalam saingan LaLiga, kemudian terus dihimpit masalah kecergasan sejak Januari lalu.
Tetapi pemain berusia 20 tahun itu kembali pulih dan Courbis, yang melatihnya di Rennes, berharap Dembele akan terus cemerlang.
"Dia seorang yang bukan mudah untuk difahami," kata Courbis.
"Saya cuba meletakkan Dembele dalam posisi terbaik -- sama seperti Kylian Mbappe ketika bersama Monaco yang bergandingan dengan Radamel Falcao walaupun di Rennes, tiada pemain seperti Luis Suarez, Lionel Messi atau Andres Iniesta.
"Dia memiliki kualiti untuk cemerlang tetapi aksi konsisten diharap dapat dipamerkan.
"Kini dia telah pulih tetapi saya berharap dia akan kekal cergas hingga penghujung musim ini dan cemerlang dalam Piala Dunia Russia."