UEL
Costa sah alami kecederaan paha
Atletico Madrid mengesahkan Diego Costa mengalami kecederaan paha ketika aksi suku akhir kedua Liga Europa menentang Sporting Lisbon.
Penyerang Sepanyol itu dikeluarkan dalam babak kedua ketika pertemuan yang menyaksikan skuad kendalian Diego Simeone itu tewas 1-0.
“Selepas melalui ujian kesihatan semalam, Costa disahkan mengalami kecederaan paha pada kaki kiri,” kata kenyataan menerusi laman web rasmi pasukan.
Pihak Atletico tidak mahu meletakkan jangkaan tempoh masa yang diperlukan Costa untuk kembali pulih tetapi kecederaan itu bakal menyaksikannya terlepas aksi LaLiga menentang Levante esok dan mungkin terpaksa melupakan pertemuan seterusnya bertemu Real Sociedad dan Real Betis.
Iklan
Atletico hanya mengharapkan penyerang berusia 29 tahun itu dapat kembali apabila mereka bertandang ke Emirates untuk menentang Arsenal bagi aksi pertama separuh akhir Liga Europa.
Must-Watch Video