Skip to main content

Bola Sepak

Costa kembali jalani sesi latihan

douglas-costa.jpg
Brazil menerima perkhabaran menarik apabila Douglas Costa kembali mengikuti sesi latihan menjelang aksi menentang Belgium dalam suku akhir Piala Dunia 2018. 

Pemain sayap Juventus itu hanya sempat diturunkan selama 45 minit dalam kempen setakat ini yang menyaksikannya memainkan peranan dalam separuh masa kedua dalam kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica.

Bagaimanapun, Costa ditimpa kecederaan hamstring di sebalik prestasi cemerlangnya sehingga tersisih dalam perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Serbia.

Dia juga tidak terlibat dalam aksi pusingan 16 dengan Mexico tetapi kembali berlatih bersama-sama rakan sepasukannya semalam tatkala skuad Tite itu bersedia untuk pertembungan di Kazan, Jumaat ini. 

Costa, yang melengkapkan perpindahan ke Juventus pada bulan lalu selepas menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Turin daripada Bayern Munich, kini boleh disenaraikan untuk membantu Brazil meraih tiket separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video