Penggempur Chelsea, Diego Costa, berkata dia telah dimaklumkan oleh Antonio Conte bahawa masa depannya bukannya di Stamford Bridge.
Penyerang Sepanyol itu dikaitkan akan berhijrah dari Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak musim lalu biarpun melakar 22 gol.
Costa dikaitkan dengan kelab Liga Super China pada Januari lalu sebelum kekal di Chelsea untuk baki kempen, namun masa depannya kembali tidak menentu apabila The Blues dikaitkan dengan pembelian penyerang Everton, Romelu Lukaku.
Costa, 28, mendakwa sudah dimaklumkan bahawa dia bebas untuk berpindah dan percaya ia mempengaruhi persembahannya sehingga merudum pada penghujung musim lalu.
"Saya mendapat pesanan melalui telefon bimbit daripada Conte, di mana dia berkata tidak lagi bergantung kepada saya pada musim depan," kata Costa sejurus aksi Sepanyol dengan Colombia berakhir 2-2.
"Ia bukan disebabkan prestasi hambar pada tahun ini. Ia sesuatu yang malang. Saya menghantar teks itu kepada beberapa orang di kelab itu untuk mereka membuat keputusan, namun jelas sekali jurulatih tidak lagi bergantung kepada saya dan tidak mahu saya berada di sana lagi.
"Saya berada dalam pasaran, jadi saya sedang mencari pasukan baru. Jika jurulatih tidak mengehendaki anda, anda harus pergi."
Costa, bagaimanapun, menolak cadangan kembali ke Atletico Madrid susulan hukuman penggantungan pembelian pemain dan hanya boleh berbuat demikian pada jendela perpindahan Januari.
"Tahun depan Piala Dunia akan berlangsung dan saya perlu beraksi.
"Tidak beraksi selama lima bulan adalah sukar. Saya sayangkan rakan sepasukan di Atletico dan gemar dengan kehidupan di Madrid."