Skip to main content

Bola Sepak

Costa berang dengan pengadil

costa-cropped_1eja3auml73dh1n8ubfaig9u7c.jpg
ATLETICO MADRID 2 ATLETICO BILBAO 0

Diego Costa berang selepas membantu Atletico Madrid mengalahkan Athletic Bilbao 2-0 dalam LaLiga di Wanda Metropolitano awal pagi tadi dengan mendakwa pengadil "ingin memberikannya kad merah" apabila dia dinafikan sepakan penalti pada babak pertama.


Costa menambah kepada jaringan pembukaan Kevin Gameiro untuk mengekalkan prestasi baik Atletico walaupun insiden babak pertama itu menjadi fokusnya selepas perlawanan.

Penyerang Sepanyol itu dijatuhkan Unai Nunez di kawasan penalti tetapi pengadil, Jose Luis Gonzalez, menolak rayuannya, menyebabkan kemarahan Costa berakhir dengan layangan kad kuning.

Atletico belum diberikan sepakan penalti dalam pertandingan domestik musim ini dan Costa melahirkan kekecewaannya selepas perlawanan.

"Sesetengah orang 'gila' tentang saya, kamu tidak boleh mengubahnya, mereka mahu memberikan saya kad merah," kata Costa kepada Sports.

"Media mereka banyak perkara tentang saya. Ia tidak perlu berbohong dan mereka-reka cerita."

Pengurus Atleti, Diego Simeone, jauh lebih tenang apabila ditekan dengan perkara sama dalam sidang media, dengan cuba meredakan perbincangan yang dia percaya meletakkan tekanan tidak adil kepada pegawai.

"Semakin banyak kita berbincang mengenainya, semakin buruk untuk pengadil," katanya.

"Mereka kemudian hadir dalam perlawanan kami dengan memikirkan keperluan untuk memberi penalti, dan membingungkan mereka apabila membaca dan mendengarnya sepanjang minggu.

"Oleh itu, lebih banyak bercakap tentang tidak mendapat penalti, maka makin kurang penalti akan diberikan kepada kami."
 

Advertisement

Must Watch Video