Memenangi Copa del Rey dapat membantu Barcelona memadamkan kekecewaan Liga Juara-juara, kata Ernesto Valverde.
Pendahulu LaLiga itu berpeluang untuk melengkapkan gelaran pertama mereka musim ini apabila bakal berdepan Sevilla dalam aksi final, awal pagi esok.
Bagaimanapun, harapan mereka untuk meraih kejayaan di peringkat Eropah dimusnahkan oleh AS Roma minggu lalu apabila kelab Itali itu membatalkan defisit 4-1 untuk maju ke separuh akhir.
Valverde -- yang tewas dalam perlawanan akhir Copa pada 2015 ketika mengendalikan Athletic Bilbao menentang Barcelona -- memahami tekanan untuk menjulang trofi di Wanda Metropolitano.
"Memenangi Copa del Rey adalah cara baik untuk melupakan kekecewaan Liga Juara-Juara," katanya dalam sidang akhbar.
"Untuk menang dengan Barcelona adalah kewajipan dalam Liga Juara-Juara, LaLiga, Copa del Rey. Beginilah kelab besar.
"Tekanannya sama dengan perlawanan akhir yang lain, anda belum memenangi gelaran kerana anda masih perlu beraksi dakan perlawanan akhir dan ada dua pasukan yang terlibat.
"Kami mungkin menjadi pilihan tetapi anda masih perlu bermain. Dalam Liga Juara-Juara, kami adalah pilihan, namun kami melepaskannya.
"Saya tidak pernah fikir apabila saya bersama Athletic, mengalahkan Barcelona itu adalah satu keajaiban, sebaliknya lebih banyak kesempatan dan itulah keadaannya esok."
Barcelona tidak terkalahkan dalam liga musim ini, namun terselamat daripada pertembungan mencemaskan dengan Sevilla pada akhir bulan lalu yang menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk berkongsi mata di Ramon Sanchez Pizjuan.
Valverde mengakui pasukannya bernasib baik untuk melepaskan diri dengan seri selepas pemain gantian, Lionel Messi, menjadi ilham kebangkitan dramatik pada penghujung permainan.