REAL SOCIEDAD 2 ATLETICO 0
Diego Simeone menuntut pemainnya agar memberikan yang terbaik bagi mengembalikan musim Atletico Madrid ke landasan sebenar sambil mengakui anak buahnya telah beraksi dengan baik dan mempamerkan kemahuan walaupun disingkirkan Real Sociedad dalam Copa del Rey, awal pagi tadi.
Gol dalam setiap babak daripada Adnan Januzaj dan Alexander Sorloth telah memadai untuk Rojiblancos kecundang 0-2 di Reale Arena, kekalahan ketujuh mereka dalam 12 perlawanan terakhir.
Ini bermakna sudah empat musim sejak Atletico mara ke suku akhir Copa dey Rey dalam kempen 2017-18.
Ini kali kedua dalam tempoh enam hari Atletico tersingkir daripada perebutan piala selepas turut kalah 1-2 kepada Athletic Bilbao dalam separuh akhir Supercopa de Espana di Arab Saudi, minggu lalu.
Bercakap selepas perlawanan di San Sebastian itu, Simeone menggesa pemainnya supaya menyelamatkan kempen musim ini dan mereka dijadual menentang Manchester United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) selain menduduki tempat keempat LaLiga dengan 16 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.
“Kami perlu meletakkan hati, kepala dan bahu dalam menghadapi apa jua rintangan,” tegasnya.
“Kami perlu bersatu untuk menyumbang, bermula Ahad ini (bertemu Valencia di tempat sendiri).
“Memang malang walaupun kami telah berjuang dengan baik dan mempunyai kemahuan untuk keluar daripada situasi tidak selesa ini.
"Kami berada dalam fasa di mana seperti ramai yang katakan, dinamik tidak baik. Kami perlu memikirkan sudut positif. Saya optimis dan saya percaya kepada pemain.
"Bola sepak ditentukan di dalam kedua-dua kotak penalti dan semakin anda menentukannya, semakin hampir anda untuk menang. Mudah-mudahan, kami dapat mengembalikan catatan tanpa dibolosi yang dikritik tetapi kini ia menjadi lebih berat. Dengan kestabilan, segala-galanya menjadi lebih mudah.
"Inilah masalah dalam bola sepak dan kehidupan. Setiap hari tidak sama. Musim lalu adalah hebat dan musim ini amat sukar.
"Peluang masih terbuka, kami ada liga dan UCL. Saya tidak akan berdiam diri, itu sudah pasti."
Simeone turut ditanya mengenai insiden sebelum perlawanan di Arena Reale itu berikutan penyokong La Real membaling objek ke arah bas Atletico ketika mereka masuk ke stadium.
"Kami berada di laluan yang dikelilingi peminat Real Sociedad. Mereka dilindungi oleh orang yang sepatutnya menangani situasi itu. Tiba-tiba sahaja tiada perlindungan dan semua orang boleh menyaksikannya."

36 - @oblakjan has conceded 36 goals in all competitions with @atletienglish this season (29 games), same as in the whole last campaign (36 goals conceded in 46 matches). Crisis. pic.twitter.com/7ywcL8cM9x
— OptaJose (@OptaJose) January 19, 2022