Skip to main content

Bola Sepak

Conte yakin Barkley akan ke Russia

020118ross-barkley.jpg
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, yakin Ross Barkley akan beraksi dalam Piala Dunia Russia bersama skuad kebangsaan England.

Barkley merupakan sebahagian daripada skuad The Three Lions untuk Euro 2016 tetapi tidak diturunkan dalam kejohanan tersebut.

Selepas direhatkan sepanjang musim ini kerana mengalami kecederaan, Barkley menyempurnakan perpindahan ke Stamford Bridge dari Everton dengan yuran sebanyak GBP15 juta (RM83 juta).

Conte percaya pemain terbaru Chelsea ini masih lagi berpeluang untuk disertakan dalam skuad kendalian Gareth Southgate bagi saingan di Russia nanti.

"Masih terdapat masa," kata Conte.

"Tetapi dalam masa sama, pengurus perlu memilih barisan terbaik untuk melakar kemenangan dan anda perlu membuktikan kebolehan ketika beraksi di atas padang."

Barkley telah tampil buat kali pertama bersama Chelsea ketika tewas dalam separuh akhir Piala EFL serta beraksi sebagai pemain gantian ketika mencipta kemenangan ke atas Newcastle United dalam aksi Piala FA.
 

Advertisement

Must Watch Video