Skip to main content

Bola Sepak

Conte: Saya lakukan tugas dengan baik

010218antonioconte.jpg
Antonio Conte mula gusar untuk Chelsea menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik selepas tewas 3-0 kepada Bournemouth tetapi yakin beliau telah melakukan tugas dengan baik di Stamford Bridge.

Cabaran mereka untuk mempertahankan gelaran terus dihimpit kekalahan, dengan Manchester City kini terus mendahului takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 18 mata ke atas The Blues.

Chelsea masih lagi bersaing untuk memastikan mereka akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan tetapi kekalahan kepada Bournemouth, awal pagi tadi -- hasil jaringan Callum Wilson, Junior Stanislas dan bekas pertahanan Nathan Ake -- membuatkan Conte tidak senang duduk.

"Saya berasakan tekanan itu merupakan perkara biasa. Ia adalah perkara biasa buat jurulatih, pengurus. Ia juga perkara  biasa jika anda adalah pengendali Chelsea.

"Selepas perlawanan pertama musim ini (kekalahan di laman sendiri kepada Burnley), anda telah meletakkan tekanan kepada saya tetapi saya telah cuba melakukan yang terbaik.

"Saya ulangi kami telah melakukan segala-galanya, Chelsea memberikan 120 peratus usaha. Saya telah menggunakan setiap pemain di dalam skuad secara maksimum.

"Saya perlu menerima situasi ini dan cuba untuk bertenang. Saya mengetahui saya telah melakukan tugas dengan baik," katanya..

Conte kini sudah mempunyai seorang penyerang bagi memberikan sokongan kepada Alvaro Morata selepas kelab itu berjaya membawa Olivier Giroud pada hari terakhir jendela perpidanhan manakala Michy Batshuayi dipinjamkan ke Borussia Dortmund.

Bagaimanapun, beliau menafikan cadangan bahawa perbincangan berkaitan perpindahan itu telah menggugat persiapan pasukannya.

"Ia bukan alasan untuk perlawanan ini. Kami telah banyak melakukan kesilapan. Kami menang bersama, kalah bersama."
 

Advertisement

Must Watch Video