Antonio Conte berasakan Chelsea mempamerkan aksi hampir "sempurna" ketika berdepan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) sebelum Lionel Messi menyamakan kedudukan 1-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Willian, yang memiliki dua peluang tetapi dinafikan tiang gol dalam babak pertama perlawanan, memberikan gol pendahuluan buat The Blues pada minit ke-62.
Chelsea, yang dilihat hampir meraih kemenangan ke atas Barca sebelum bertandang ke Nou Camp pada 14 Mac ini, terpaksa mengubah strategi permainan selepas kesilapan dilakukan Andreas Christensen memberikan ruang buat Andreas Iniesta mengumpan kepada Lionel Messi bagi meledak gol pertamanya ke atas Chelsea.
Conte yang kecewa gagal meraih kemenangan, bagaimanapun, tetap gembira kerana pasukannya telah mempamerkan persembahn yang hampir sempurna.
"Saya berasakan Chelsea memberikan persembahan yang hampir sempurna," kata Conte.
"Kecewa kerana meraih satu mata tetapi saya berbangga dengan pemain-pemain yang diturunkan. Mereka mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan kami kurang bernasib baik."