Pengurus Chelsea, Antonio Conte, kelihatan kecewa selepas The Blues seri 1-1 dengan West Ham semalam dan percaya perlawanan itu mampu melakar kebangkitan mereka.
The Blues mendominasi lawan dari awal hingga akhir permainan tetapi penjaga gol The Hammers, Joe Hart, menafikan percubaan demi percubaan Chelsea daripada menambah jaringan pembukaan Cesar Azpilicueta pada minit ke-36.
Kegagalan mereka menambah jaringan dihukum ketika perlawanan berbaki 17 minit apabila Javier Hernandez meledak gol penyamaan selepas empat minit hadir ke dalam perlawanan.
Conte kecewa apabila pasukannya gagal meraih tiga mata tetapi mempersoalkan keinginan pemain-pemain untuk melakar kemenangan ketika mengawal penuh perlawanan itu.
"Ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dijelaskan," katanya.
"Kami mendominasi permainan dan cuba menghasilkan banyak peluang tetapi gagal menyempurnakannya.
"Chelsea bermain sepanjang musim tetapi anda perlu menjaringkan gol.
"Kami perlu memperbaiki dan memenangi perlawanan.
"Anda memerlukan keinginan untuk menjaringkan gol kedua, ketiga dan keempat."