Kemenangan 4-0 Chelsea ke atas Hull City dalam Piala FA awal pagi tadi menambah sakit kepala Antonio Conte menjelang kunjungan Barcelona bagi aksi Liga Juara-juara (UCL), pertengahan minggu depan.
Skuad kendalian Conte itu menampilkan aksi memberangsangkan di Stamford Bridge.
Sambil Willian mencuri perhatian dengan aksi cemerlang, Olivier Giroud pula mengagumkan dengan gol pertamanya untuk The Blues selain sepasang bantuan gol.
Pedro turut merakamkan gol untuk Chelsea mendahului 4-0 pada babak pertama biarpun Eden Hazard dan N'Golo Kante direhatkan.
Kedudukan selesa memberikan Conte peluang untuk mengeluarkan Giroud, Cesc Fabregas dan Pedro pada separuh masa kedua dan kini dia meragui untuk mempersiapkan kesebelasan terbaiknya bagi menghadapi Barcelona berikutan beberapa persembahan menarik yang ditonjolkan pemainnya.
"Hasil malam ini positif bagi kami kerana kami berpeluang untuk merehatkan pemain penting, pemain utama kami," kata Conte kepada BT Sport.
"Namun, pada masa yang sama, saya melihat pemain dalam keadaan yang baik dan mempunyai banyak keraguan sebelum perlawanan menentang Barcelona.
"Ia penting kerana saya mempunyai pilihan yang berbeza, kini kami mempunyai tiga hari untuk membuat keputusan," katanya.
Kemenangan 3-0 ke atas West Brom pada hujung minggu lalu menyaksikan Chelsea menamatkan rentetan kekalahan mereka dan kemenangan awal pagi tadi akan memarakkan lagi semangat mereka.
Begitupun, Conte menggesa anak buahnya untuk fokus agar tidak kalah lagi di ambang perlawanan dengan Barcelona, Manchester United dan Manchester City.
"Saya fikir kami tewas dalam dua perlawanan buruk, terutama menentang Watford," tambah Conte. "Tetapi kami bermain dengan baik pada akhir tempoh yang sibuk.
"Saya fikir keyakinan kami telah kembali, namun pada masa yang sama, dalam dua minggu akan datang, kami perlu bermain permainan yang sukar dan kami perlu mantap.
"Kami perlu menghadapi Barca, United, City dan Crystal Palace dengan pendekatan yang tepat," katanya lagi.