Antonio Conte menerima hakikat beliau telah salah melakukan percaturan selepas Tiemoue Bakayoko diarah keluar padang ketika tewas 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Watford, awal pagi tadi.
Kad merah yang diberkan kepada Bakayoko, selepas dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh lima minit, menggugat prestasi Chelsea, dengan Troy Deeney meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.
Chelsea bangkit menyamakan kedudukan menerusi Eden Hazar, tetapi Watford menjaringkan tiga gol di penghujung permainan yang disempurnakan oleh Daryl Janmaat, Gerard Deulofeu dan Roberto Pereyra, sekali gus memberikan kemenangan pertama buat Javi Gracia selepas mengambil alih The Hornets.
Skuad kendalian Conte tewas 3-0 kepada Bournemouth, Rabu lalu, dan prestasi terbaru ini memburukkan lagi keadaan, hingga memaksa Conte menerima beliau telah melakukan percaturan yang salah.
"Untuk bermain bola sepak dengan kelab ternama, anda memerlukan personaliti kerana ia amat mudah jika anda bermain dengan tahap keyakinan yang tinggi," kata Conte.
"Saya bertanggungjawab di atas kesilapan ini, saya telah melakukan kesilapan dengan memilih pemain untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
"Kami bermain tanpa personalti, saya tidak nampak keyakinan di atas padang," tambahnya.