Skip to main content

Bola Sepak

Coman mungkin terlepas baki musim ini

kingsley-coman-cropped_o0ppnosy58sl1qkle93db2wag.jpg
Pemain sayap Bayern Munich, Kingsley Coman, dijangka terlepas saingan sepanjang baki musim ini selepas menjalani pembedahan pergelangan kaki.

Pemain berusia 21 tahun itu cedera dalam pertembungan dengan Mathew Leckie ketika pendahulu Bundesliga itu seri 0-0 dengan Hertha Berlin di Allianz Arena, Sabtu lalu.

Jurulatih, Jupp Heynckes, selepas itu berkata Coman tidak mengalami kerosakan ligamen dan berharap masalah itu tidak serius.

Bagaimanapun, Bayern hari ini mengesahkan bahawa pemain antarabangsa Perancis itu perlu menjalani pembedahaan yang boleh memaksanya berehat sepanjang baki 2017-18.

Ia juga menyebabkan penyertaannya dalam Piala Dunia di Rusia dalam keraguan yang serius.

"Pemain antarabangsa Perancis, Kingsley Coman, mengalami koyak ligamen sindesmosis pada pergelangan kaki kiri ketika seri 0-0 menentang Hertha Berlin, Sabtu lalu," kata Bayern dalam satu kenyataan ringkas.

"Ia membawa kepada rawatan susulan pada hari berikutnya. Hari ini Coman berada di Tubingen, di mana Dr Ulrich Stockle telah berjaya menjalankan pembedahan.

"Pemain berusia 21 tahun itu akan berehat beberapa minggu."

Coman telah membuat 32 penampilan dalam semua pertandingan musim ini dan menjaringkan tujuh gol.

Advertisement

Must Watch Video