Nathaniel Clyne telah kembali menjalani latihan bersama Liverpool dan menyertai skuad untuk menghadapi Porto dalam pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah di Estadio do Dragao, awal pagi esok.
Pemain pertahanan itu terlepas perlawanan musim 2017-18 akibat masalah belakang, dengan penampilan terakhirnya adalah dalam kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough dalam Liga Perdana Inggeris pada 21 Mei tahun lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu kembali berlatih dengan rakan sepasukannya tetapi Liverpool mengatakan dia masih memerlukan masa untuk dipertimbangkan dalam pemilihan dan tidak akan mengambil risiko di Portugal.
Pengurus pasukan, Jurgen Klopp, memberitahu laman web rasmi kelab itu: "Clyney kembali. Sudah tentu, terlalu awal untuk memikirkannya tetapi dia sudah kembali dalam latihan biasa, jadi ia baik.
"Dia sudah berlatih selama dua hari tetapi selepas berehat panjang, ia akan mengambil masa sehingga dia boleh bermain."
Clyne menyertai Liverpool dari Southampton pada Julai 2015 dengan yuran sebanyak £12.5 juta (RM68 juta).