Skip to main content

Bola Sepak

City mudah benam West Brom

010218fernandinhodavidsilva.jpg
MANCHESTER CITY 3 WEST BROM 0

Manchester City terus mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 15 mata selepas mereka meraih kemenangan 3-0 ke atas West Brom di Stadium Etihad, awal pagi tadi.


Fernandinho menjaringkan gol ketiganya musim ini pada minit ke-19, bagaimanapun ada berita buruk buat City apabila David Silva tidak dapat menyudahkan perlawanan selepas mengalami kecederaan pinggul.

Kevin de Bruyne terus mempamerkan persembahan cemerlang apabila meledak gol kedua perlawanan dan yang ke-100 buat kelab dalam semua pertandingan, sebelum Sergio Aguero menjaringkan gol yang ke-24 musim ini untuk memberikan tekanan kepada pencabar terdekat, Manchester United, yang tewas 2-0 kepada Tottenham.

Cabaran mereka untuk menjulang gelaran di laman sendiri dan Eropah dilihat menghadapi masalah selepas Silva mengikut jejak langkah Leroy Sane yang turut dihimpit masalah kecederaan.

City, yang gagal mendapatkan khidmat Riyad Mahrez dari Leicester City pada hari terakhir jendela perpindahan bulan Januari, menyaksikan Aymeric Laporte kekal sebagai pemain termahal kelab itu dan telah mempamerkan persembahan cemerlang berdepan pasukan tercorot EPL.

Advertisement

Must Watch Video