Pemain Manchester City, Leroy Sane, yakin pasukannya mampu muncul sebagai pencabar utama Real Madrid di peringkat Eropah, namun banyak perkara yang perlu dipertingkatkan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), hari ini.
City ditunjukkan jalan keluar oleh Monaco dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu manakala Madrid berjaya muncul sebagai juara buat kali ketiga dalam masa empat tahun.
Sane berjaya menjaringkan dua gol dalam empat penampilan Eropah bersama City dan dia menyifatkan kejayaan Madrid merupakan satu pencapaian yang amat hebat.
“Mereka (Real Madrid) adalah juara Eropah selama dua musim berturut-turut dan sukar untuk menewaskan mereka.
“Bagaimanapun, ini adalah musim baru dan kami mungkin mampu melakukannya jika berjaya meningkatkan kualiti permainan kami,” kata Sane.
City dilihat begitu serius untuk menghadapi musim baru selepas mendapatkan pertahanan, Kyle Walker, Danilo serta Benjamin Mendy.
Sane juga menyifatkan jentera serangan City masih yang terkuat di England, terutama dengan kehadiran penyerang muda Brazil, Gabriel Jesus, yang mengalami kecederaan panjang pada musim lepas.
“Kami memiliki penyerang yang berkualiti.
“Itu satu realiti dan saya berharap kami akan mampu menjaringkan lebih banyak gol,” ujar Sane.