MANCHESTER CITY 3 ARSENAL 0
Vincent Kompany berkata kejayaan Manchester City menjulang Piala Liga Inggeris (EFL) membuat perjuangan terakhirnya menentang kecederaan berbaloi.
Ketua pasukan City itu membuat penampilan pertamanya dalam Piala EFL musim ini di Wembley dan membalas kepercayaan pengurus, Pep Guardiola, dengan gol kedua dalam kemenangan 3-0, awal pagi tadi.
Ia kali ketiga pemain antarabangsa Belgium itu memenangi trofi berkenaan dan kemenangan itu menjadi tumpuan setelah pemain pertahanan itu mengharungi satu lagi kempen mengecewakan ekoran kecederaan apabila hanya bermain 13 kali dalam semua pertandingan akibat masalah kecergasan yang berterusan.
Begitupun, Kompany menegaskan ia sememangnya berbaloi melalui proses pemulihan yang panjang demi meraih kejuaraan.
"Saya terlintas untuk menjaringkan gol, saya hampir melakukannya beberapa kali dan bernasib baik pada hari ini, mungkin dengan sedikit keyakinan," katanya kepada Sky Sports.
"Saya sudah 15 tahun beraksi dan sentiasa perlu bersedia. Saya berlatih dengan baik dan menyokong rakan sepasukan ketika saya tidak bermain dan apabila saya bermain, saya memberikan segala-galanya.
"Jika saya melihat semula keadaan peribadi, saya bekerja keras selama enam bulan ini. Setiap minit untuk berdiri di sana sangat mustahak. Saya yakin pemerhati bola sepak memahaminya sepanjang kerjaya mereka.
"Setiap peluang yang dimiliki, anda perlu mengambilnya.
"Ia adalah satu permainan yang sukar tetapi banyak ruang untuk Arsenal dan kami sendiri, kami melakukannya dengan baik, kami mengawal ruang dan saya bangga dengan prestasi pasukan.
Sergio Aguero (m-18) memecah kebuntuan di London untuk menewaskan David Ospina selepas Shkodran Mustafi gagal mengeluarkan sepakan gol yang jauh sebelum David Silva (m-58) mengukuhkan kedudukan sejurus gol kedua daripada Kompany (m-65).