Pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini, mengakui dia tidak menjangka dapat menghalang penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, daripada menjaringkan gol dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Turin, awal pagi esok.
Penyerang Real itu sudah menjaringkan 12 gol sepanjang lapan penampilannya dalam kejohanan itu musim ini dan sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan sejak final tahun lalu.
Chiellini fikir ia lebih selamat menganggap pemain berusia 33 tahun itu akan menjaringkan gol menentang mana-mana pasukan tetapi dia berharap perbezaan gol dalam pertembungan di Turin itu berpihak kepada Juve.
"Ronaldo akan sentiasa menjaringkan gol menentang mana-mana pasukan," kata Chiellini. "Real adalah lebih daripada sekadar Ronaldo tetapi selama bertahun-tahun, dia bermain sangat baik dan membuat perbezaan.
"Memikirkan dapat mengekangnya adalah terlalu berani, ia juga bergantung kepada nasib. Perbezaan di antara menang dan kalah adalah perbezaan gol."
Juve bertemu Madrid dalam final musim lalu di Cardiff, di mana mereka mengalami kekalahan 4-1, dengan Ronaldo menjaringkan dua gol.
Chiellini menegaskan pasukannya tidak dirangsang dengan rasa ingin membalas dendam dan yakin bahawa mereka boleh mencapai keputusan yang lebih baik dalam dua perlawanan nanti.
"Pertemuan ini akan berbeza berbanding di Cardiff kerana kami bermain dua perlawanan, bukan satu," katanya. "Karakter berubah sedikit di sini sementara kebanyakan pemain mereka masih sama.
"Kami perlu bertenang dan menunjukkan kualiti kami. Kami perlu sedar Real mampu membuat kami berfikir bahawa kami berada di tahap baik tetapi mereka boleh mengecewakan kami dengan cepat.
"Kami menghormati Real tetapi ia tidak bermakna kami tidak dapat mengalahkan mereka. Balas dendam tidak akan ada dalam minda kami. Kami mempunyai kenangan positif dan negatif di Cardiff.
"Sekiranya kamu mahu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara, kamu perlu bermain dengan pasukan besar seperti Real. Bermain menentang pasukan terbaik selalu memberi kamu insentif yang hebat," katanya lagi.