Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Chiellini anggap Dybala belum setaraf Neymar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

24717paulo-dybala.jpg
Pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini, menegaskan bahawa penyerang, Paulo Dybala, masih belum mencapai tahap yang sama seperti Neymar.

Selepas terdapat spekulasi melibatkan Paris Saint-Germain (PSG) yang mahu mengaktifkan klausa perpindahan Neymar bernilai EUR222 juta (RM1.1b), Dybala dilihat sebagai pengganti yang berpotensi buat pemain kebangsaan Brazil itu di Barcelona.

Neymar, yang menjaringkan dua gol ketika Barca melakar kemenangan 2-1 ke atas juara Serie A, Juventus, dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), kini dilihat semakin hampir menyertai PSG.

Chiellini percaya Neymar adalah antara pemain yang mencabar Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk merebut Ballon d'Or tetapi menyifatkan Dybala masih jauh ketinggalan.

"Tanda harga Dybala tidak sama dengan Neymar pada hari ini," kata Chiellini. 

"Neymar setaraf dengan Messi dan Ronaldo, dan bakal mewarisi Ballon d'Or selepas kedua-dua pemain terbaik dunia itu tidak lagi beraksi."

Chiellini telah digandingkan bersama Leonardo Bonucci selama tujuh musim, bersama-sama dengan Gianluigi Buffon dan Andrea Barzagli, tetapi Juve bakal ketiadaan pertahanan berusia 30 tahun itu selepas dijual ke AC Milan secara mengejut dengan nilai perpindahan sebanyak EURO42 juta (RM209 juta).

"Baik atau buruk, saya sentiasa beraksi bersamanya. Saya mengagumi Bonucci jauh lebih baik daripada Buffon, Barzagli atau pemain-pemain lain."

Advertisement

Must Watch Video