Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Chepchugov beri bayangan perpindahan Golovin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aleksandr-golovin-cropped_8qm33l3tuzuk1vpxaqu80m8wd.jpg
Aleksandr Golovin tampak berada di landasan untuk melengkapkan perpindahan ke Chelsea sekiranya apa yang diperkatakan oleh rakan sepasukannya di CSKA Moscow, Sergey Chepchugov, melalui media sosial diambil kira.

Pemain skuad kebangsaan Russia, Golovin, dikaitkan dengan penghijrahan ke beberapa kelab besar Eropah selepas menampilkan kejutan sehingga ke suku akhir Piala Dunia.

Pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan bakal menyertai Chelsea yang dibimbing oleh Maurizio Sarri tatkala pengendali itu menegaskan mahu memperkuatkan barisan tengah walaupun telah menerima kehadiran Jorginho dari Napoli.

Ketika Golovin dikatakan bakal berpindah ke Stamford Bridge, Chepchugov mengucapkan selamat maju jaya buat rakan sepasukannya bersama pasukan baru melalui laman Instagram.

Penjaga gol itu mengucapkan tahniah kepada Golovin susulan perpindahan ke Chelsea dan mendoakan rakannya mengharungi karier yang gemilang.

Kini, hanya masa menentukan sama ada ia satu tekaan yang tepat atau tidak walaupun dalam masa sama, Golovin dikatakan berminat untuk menyertai Cristiano Ronaldo di Juventus, menurut akhbar Itali, Tuttosport, sambil Monaco turut muncul antara pasukan yang berminat.
 

Advertisement

Must Watch Video