Skip to main content

Bola Sepak

Cheng Hoe: Keserasian pemain jadi keutamaan

2117cheng-hoe.jpg
Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, menyifatkan kemenangan tiga perlawanan berturut-turut dalam aksi persahabatan tidak penting untuk skuad Lang Merah, sebaliknya dia lebih mengutamakan keserasian pemain beraksi sebagai sebuah pasukan.

“Untuk perlawanan persahabatan, saya tidak mementingkan keputusan tetapi mahu menguji sejauh mana pemain dapat beraksi sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang lebih mencabar.

“Saya juga ingin melihat kombinasi mantap antara pemain import yang diuji dengan pemain tempatan yang masih kekal beraksi untuk Lang Merah,” katanya. 

Cheng Hoe juga menyifatkan perlawanan persahabatan menentang PDRM malam esok sebagai medan melihat kemampuan dua pemain import Korea Selatan yang beraksi di bahagian pertahanan.

“Pastinya kita akan melihat kemampuan dua pemain import Korea Selatan (Ahn Jae Hoon dan Jang Sukwon) dan jika menunjukkan prestasi terbaik, pasti akan dipilih untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Bang Seung Hwan,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi pemain Kedah untuk pertemuan Piala Sumbangsih menentang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Cheng Hoe menjelaskan pemainnya sudah menunjukkan peningkatan dalam latihan dan tidak sabar untuk memulakan saingan Liga Malaysia musim ini.

“Ada masa lagi untuk kami tingkatkan prestasi dan saya kekal fokus untuk membaiki segala ruang kelemahan yang ada menjelang perlawanan penting bertemu JDT nanti,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video