CHELSEA 0 BOURNEMOUTH 3
Aktiviti jendela perpindahan Chelsea dicemari persembahan kurang memberangsangkan apabila mereka tewas 3-0 kepada Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Juara bertahan EPL itu telah berusaha mencari pemain yang mampu menyokong Alvaro Morata dan akhirnya berjaya mendapatkan khidmat penyerang Arsenal, Olivier Giroud, sebelum berakhirnya jendela perpindahan tetapi tidak dapat disenaraikan dalam perlawanan ini.
Dengan Morata dihimpit kecederaan, Michy Batshuayi yang dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Giroud sekadar menyaksikan perlawanan ini, jentera serangan Chelsea ternyata kurang menyengat -- Pedro, Eden Hazard dan Ross Barkley gagal memberikan impak sepanjang perlawanan ini.
Sebaliknya, trio pasukan pelawat, Ryan Fraser, Jordon Ibe dan Junior Stanislas memiliki perlawanan yang terbaik dan berjaya menggugat barisan pertahanan The Blues.
Callum Wilson membuka jaringan buat Bournemouth pada minit ke-51 sebelum Stanislas dan bekas pertahanan Chelsea, Nathan Ake, berjaya meledak gol untuk menyaksikan skuad kendalian Antonio Conte tewas buat kali ketiga di Stamford Bridge musim ini.
Hazard hampir mengurangkan defisit jaringan tetapi penjaga gol, Asmir Begovic memastikan gawang gol Bournemouth tidak bocor hingga tamat perlawanan.