Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea tidak akan ubah taktikal demi Lukaku

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tuchel-lukaku.jpg
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, enggan menukar gaya permainannya untuk disesuaikan dengan penyerang Romelu Lukaku sambil menegaskan "kami tidak boleh bermain seperti Inter".

Lukaku menimbulkan kekecohan dalam wawancara kontroversi yang dikeluarkan minggu lalu apabila meluahkan rasa tidak senangnya dengan situasinya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ketika ini.

Dia juga bercakap dengan penuh semangat tentang bekas pengurus Antonio Conte, yang bekerjasama dengannya di Inter sambil mendedahkan dia ingin kembali ke kelab Serie A pada suatu hari nanti.

Tuchel menghukum Lukaku kerana komennya itu dengan menggugurkan dia daripada skuadnya ketika berdepan Liverpool sebelum pasangan terbabit mengadakan perbincangan dan mereka cuba mengetepikan perkara berkenaan pada hari berikutnya.

Sejak itu, Lukaku tampil memohon maaf kepada semua yang terlibat di Chelsea dan ia mungkin cukup melegakan Tuchel, tetapi pengurus Jerman itu menegaskan dia tidak akan mengubah taktikalnya hanya untuk menyesuaikan diri dengan penyerang tersebut.

Ditanya mengenai komen Lukaku mengenai gaya permainan Conte dan The Blues, Tuchel berkata: "Ia berfungsi dan kami melakukannya ke atas setiap pemain, kami mempunyai formasi dan prinsip tertentu tentang cara kami bermain.

“Saya rasa dia lebih kepada tidak sabar, dia mahu lebih terlibat dan mempunyai lebih banyak peluang.

“Sukar untuknya menerima hakikat bahawa adakalanya rumput tidak tumbuh dengan lebih cepat apabila anda memotongnya -– dalam setiap perpindahan anda perlu menerima perubahan persekitaran, budaya, kelab dan rakan sepasukan.

“Ada perubahan gaya permainan dan juga liga, dia bukan pemain pertama yang memerlukan sedikit masa untuk serasi -– dia menjaringkan gol ketika tenang tetapi kami masih perlu menyesuaikan diri di antara satu sama lain.






"Kami tidak boleh beraksi seperti Inter dan berharap ia akan menjelmakan prestasi terbaik Romelu. Mereka mengharungi musim yang hebat kerana Conte adalah seorang jurulatih yang hebat.

"Tetapi saya rasa sistem yang dimainkannya di Inter bukan sahaja sesuai dengan Romelu dan penyerang kedua, Lautaro Martinez, malah serasi dengan keseluruhan skuad. Jika anda tidak mempunyai lima pertahanan maka anda tidak boleh beraksi dengan lima bek, ia semudah itu. 

"Jurulatih melakukan apa yang diperlukan, Conte menerapkan sistem 3-5-2 di Chelsea sementara 3-4-3 di Inter. Jelas sekali dia menyesuaikan diri dengan pemainnya dan dari situ dia mula menanam ideanya -- betul-betul seperti yang saya lakukan."

Advertisement

Must Watch Video