Perlumbaan merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021-22 baru sahaja bermula tetapi Chelsea sudah pun tampak sukar untuk dihalang.
Anak-anak buah pimpinan Thomas Tuchel kelihatan amat mengagumkan ketika ini, dengan momentum mereka yang dibina sejak musim lalu sedikit pun tidak terjejas.
Kemenangan bergaya 3-0 ke atas Tottenham, Ahad lalu, membuktikan The Blues kini memiliki skuad yang cukup perkasa dan seorang pakar taktikal yang amat berkaliber.
Selepas bergelut untuk memperoleh kelebihan pada separuh masa pertama, kebijaksanaan Tuchel dari sudut taktikal dapat kita lihat daripada tindakannya memasukkan N'Golo Kante bagi menggantikan Mason Mount.
Gabungan Kante bersama Jorginho dan Mateo Kovacic membolehkan Chelsea mendominasi bahagian tengah padang dan mencipta ruang bagi dua pemain sayap belakang mereka, terutama sekali Marcos Alonso, mara lebih jauh ke hadapan dan mengancam kubu lawan.
Aksi hambar pada separuh masa pertama digantikan dengan penguasaan menyeluruh buat Chelsea manakala Tottenham sama sekali tidak mampu untuk membalas.
Jika bukan kerana sentuhan penyudah yang kurang jitu, serta jika bukan kerana aksi cemerlang penjaga gol Spurs, Hugo Lloris, mungkin sahaja skor perlawanan tersebut berakhir dengan 6-0.

Dalam lima perlawanan setakat ini, Chelsea sudah pun berhadapan dengan kelab-kelab besar; Arsenal, Liverpool dan Tottenham, di mana mereka meraih tujuh daripada sembilan mata yang boleh didapatkan.
Satu-satunya perlawanan di mana mereka tercicir mata adalah sewaktu menentang Liverpool, tetapi harus diingat, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua gara-gara Reece James dibuang padang.
Dalam ruangan artikel khas di laman sesawang BBC, bekas kapten England, Alan Shearer telah menyatakan pendiriannya dalam memilih Chelsea sebagai juara musim ini atas satu faktor utama: kehadiran Romelu Lukaku.

Menurut Shearer, kelemahan terbesar Chelsea musim lalu adalah kegagalan mereka dalam menyempurnakan terlalu banyak peluang yang terhidang.
Tiga gol dalam empat penampilan Lukaku setakat ini nampaknya membolehkan kelemahan itu diatasi dengan jayanya.
Tanpa kepincangan di bahagian serangan, tidak keterlaluan untuk dikatakan Chelsea tidak lagi mempunyai sebarang titik lemah yang ketara.
Skuad mereka ternyata kukuh di setiap posisi dan pengurus mereka cukup bijak untuk menggunakan setiap pemain sebaik-baiknya.
Ujian besar buat Chelsea seterusnya adalah dengan menerima kunjungan juara bertahan, Manchester City, di Stamford Bridge Sabtu depan.

Namun, jika dilihat sejarah musim lalu, Tuchel sudah pun menewaskan anak-anak buah Pep Guardiola itu sebanyak tiga kali, termasuk dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Jika kemenangan kali keempat berjaya dicapai, mungkinkah itu menjadi petanda juara baru bakal muncul?