Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea disengat Sang Tebuan

6218conte.jpg
WATFORD 4 CHELSEA 1

Daryl Janmaat, Gerard Deulofeu dan Roberto Pereyra menjaringkan gol pada penghujung permainan ketika membantu Watford memberikan tekanan kepada Antonio Conte dengan kemenangan 4-1 di laman sendiri berdepan 10 pemain Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Jaringan Eden Hazard pada minit ke-82 dilihat membantu Chelsea untuk meraih satu mata buat juara EPL itu selepas mereka tewas 3-0 kepada Bournemouth dalam aksi sebelum ini.

Bagaimanapun, The Hornets menunggu hingga saat-saat akhir untuk menyengat, sekali gus memberikan kemenangan berharga buat skuad kendalian Javi Gracia.

Tiemoue Bakayoko dilayangkan kad kuning buat kali kedua dalam perlawanan ini selepas lima minit perlawanan berlangsung dan Chelsea, yang mengharungi saat sukar mempamerkan aksi terbaik, gagal menguji barisan pertahanan Watford.

Kesempatan itu diambil Watford untuk mendahului perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama apabila Troy Deeney menyempurnakan sepakan penalti selepas Thibaut Courtois menjatuhkan Deulofeu.

Impak Hazard dilihat mampu memberikan satu mata buat pasukan pelawat tetapi Chelsea terlalu terbuka di bahagian pertahanan, dengan Janmaat kembali meletakkan Watford di depan.

Deulofeu, yang tampil buat pertama kali di Vicarage Road, kemudian menjaringkan gol sulung sebelum pemain gantian, Pereyra, menjaringkan gol keempat Watford untuk menyempurnakan kemenangan bergaya mereka.

Ini merupakan kekalahan ketiga Chelsea dalam empat perlawanan dalam semua kejohanan, dengan Tottenham kini hanya ketinggalan satu mata dengan penghuni tangga keempat itu.

Advertisement

Must Watch Video