LIGA INGGERIS
Chelsea buru mata maksimum
SWANSEA CITY 0 CHELSEA 1
Gary Cahill mencabar Chelsea untuk meraih mata maksimum dalam baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi mengatasi tekanan pemburuan tiket Liga Juara-Juara (UCL).
Gol ke-50 Liga Perdana oleh Cesc Fabregas memastikan kemenangan 1-0 The Blues ke atas Swansea City di Stadium Liberty awal pagi tadi, sekali gus meletakkan barisan kendalian Antonio Conte itu dua mata di belakang Tottenham Hotspur.
Iklan
Anak buah Mauricio Pochettino itu akan menyambut Watford dan di ambang untuk mengesahkan slot terakhir UCL tetapi Cahill menuntut agar The Blues bersedia untuk mencuri sebarang peluang sekiranya seteru London itu hilang rentak dalam baki tiga perlawanan lagi.
Dia memberitahu Match of the Day: "Ini adalah tiga mata penting buat kami. Kami perlu mencuba dan memenangi setiap perlawanan sehingga akhir musim ini.
"Pasukan di atas kami tidak tergelincir dan melepaskan banyak mata, malah terus menang dan kami perlu lihat apa yang mereka lakukan."
Fabregas, melakar gol keempatnya musim ini menerusi usaha hebat dan turut senada dengan Cahill.
"Setiap perlawanan, kami perlu mempamerkan maruah dan kami berusaha melakukannya, terus memberikan tekanan terhadap pasukan di atas kami," katanya.
"Dalam bola sepak, apa-apa pun boleh berlaku dan kami perlu memastikan kami bersedia," tambahnya.
Must-Watch Video