Lorenzo Serra Ferrer mendedahkan Barcelona sudah membuat pertanyaan ke atas Dani Ceballos biarpun timbalan presiden Real Betis itu masih berharap kelab LaLiga itu mampu meyakinkan bintang tengah itu agar kekal.
Juara menanti LaLiga dan Liga Juara-Juara, Real Madrid, juga kerap dikaitkan dengan Ceballos yang baru dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Eropah Bawah 21 (B-21) Tahun.
Barca dilihat sebagai destinasi pilihan buat pemain berusia 20 tahun itu selepas menyerlah dalam kejohanan itu, di mana Sepanyol tewas kepada Jerman dalam aksi perlawanan akhir.
Selepas majlis memperkenalkan Cristian Tello, semalam, Serra Ferrer memberitahu wartawan: "Saya berasa senang hati dengan dengan cara Barcelona memuktamadkan perjanjian Cristian. Tetapi, benar mereka bertanyakan mengenai Dani dan saya berkongsi pendapat dengan mereka.
"Kami perlu mengucapkan tahniah kepadanya selepas mengharungi kempen mengagumkan dalam Kejohanan Eropah B-21, kami bangga dia mewakili kami. Dia disayangi dan saya berharap dia kekal di sini bukan untuk setahun tetapi selama beberapa tahun akan datang."
Ferrer turut menafikan telah berhubung dengan Madrid mengenai pemain itu.