Skip to main content

Bola Sepak

Ceballos: Saya akan tinggalkan Real jika Zidane tidak letak jawatan

dani-ceballos.jpg
Dani Ceballos mengakui dia akan meninggalkan Real Madrid jika Zinedine Zidane kekal sebagai ketua jurulatih.

Berhijrah dari Real Betis Julai tahun lalu, pemain berusia 22 tahun itu gagal memberikan impak dalam musim pertama di Santiago Bernabeu selepas empat kali berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain skuad B-21 tahun Sepanyol itu dilihat sebagai prospek utama di bawah kendalian Julen Lopetegui, selepas beraksi tiga kali dalam saingan LaLiga musim 2018-19, dia telah dipanggil untuk menyertai skuad senior La Roja buat pertama kali minggu lalu.

Pemain tengah itu berkata dia berputus asa dengan Zidane yang hanya memberikan kepadanya satu minit aksi Liga Juara-Juara (UCL) ketika mengatasi Borussia Dortmund September lalu, tiga hari selepas dia menjaringkan gol kemenangan ke atas Deportivo Alaves [2-1], dan tidak lagi mahu kekal bersama kelab jika Lopetegui tidak dilantik sebagai ketua jurulatih.

"Zidane perlu memberikan jawapan mengapa saya tidak diberikan peluang," katanya. "Saya telah berusaha, menyukarkan Zidane untuk membuat keputusan, tetapi saya tetap bukan pilihannya.

"Saya menjaringkan dua gol di Vitoria dan perlawanan seterusnya, saya hanya bermain selama seminit berdepan Dortmund. Selepas anda berada tidak penting untuk beberapa minggu, ia menyukarkan keadaan saya.

"Terdapat saat saya sudah berputus asa. Kami ketinggalan 15 mata daripada pendahulu LaLiga [Barcelona] dan mengutamakan UCL, tetapi saya tidak dipilih untuk beraksi.

"Saya mendapatkan khidmat pelatih peribadi pada Januari kerana saya sudah mula kehilangan rentak dan mahu memastikan fizikal saya bersedia untuk pra-musim.

"Jika Zidane masih lagi bersama Real, saya akan mengambil keputusan untuk berhijrah. Tetapi segalanya berubah apabila Lopetegui mengambil alih pasukan.

Ceballos berasakan dia tidak diberikan peluang yang sama rata untuk menarik perhatian Zidane dan tertanya-tanya jika bekas bintang Real dan Juventus berkemampuan memahami pemain-pemain yang berada di bangku simpanan berminggu-minggu.

Bagaimanapun, dia menegaskan tiada dendam terhadap legenda Perancis itu kerana beliau telah membantunya berfikir lebih matang.

"Anda tidak boleh berputus asa kerana objektif saya adalah berjaya di Real Madrid. Saya mahu berusaha mempamerkan apa yang tidak dapat disaksikan penyokong di Bernabeu.

"Ia bukan dendam. Saya menyertai pasukan selepas mengharungi Euro B-21 yang berjaya. Menjadi pemain terbaik, tetapi dipulau sejak permulaan lagi.

"Tahun lalu bukan tahun terbaik bagi saya sebagai pemain bola sepak. Tetapi ia telah mematangkan saya. Zidane sentiasa telus dan saya tidak berdendam dengan beliau."
 

Advertisement

Must Watch Video