Skip to main content

Bola Sepak

Cavani sanjung kebangkitan bergaya PSG

cavani_1.jpg
PSG 5 STRASBOURG 2

Edinson Cavani menyeru Paris Saint-Germain (PSG) untuk memberi tumpuan kepada masa depan selepas mereka bangkit daripada kekalahan kepada Real Madrid dengan kemenangan 5-2 ke atas Strasbourg, awal pagi tadi. 


Pemain antarabangsa Uruguay itu menjaringkan dua gol -- kedua-duanya pada separuh masa kedua -- tatkala peneraju Ligue 1 itu kembali melebarkan jurang pendahuluan dengan pencabar terdekat, AS Monaco, dengan 12 mata. 

Keputusan itu juga memberikan mereka keyakinan yang sangat diperlukan selepas tumbang 3-1 kepada Madrid dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara. 

Walaupun masih ada pertemuan kedua di tempat sendiri, Cavani berasakan adalah penting PSG menunjukkan "reaksi yang baik" selepas apa yang berlaku di Santiago Bernabeu.

"Kami terpaksa menang untuk mengubah fikiran kami selepas apa yang berlaku. Jadi, kami perlu melihat ke depan dan kami perlu memikirkan matlamat lain juga," kata penyerang itu kepada Canal.

"Ia adalah tindak balas yang baik. Untuk pertemuan dengan Real, masih ada baki 90 minit lagi dan begitu juga kejuaraan yang lain.

"Suasana dalam kem pasukan agak tegang selepas perlawanan menentang Real tetapi itu adalah biasa. Anda perlu melupakan semua, anda mesti terus berusaha, kekal bersatu dan bekerja sebagai sebuah pasukan.

"Satu-satunya cara untuk mendapatkan hak adalah dengan tetap bersama, kemudian kita boleh memenangi perkara-perkara penting. Pada masa yang sukar, kami harus mengekalkan perpaduan," katanya lagi.

Julian Draxler, Neymar dan Angel Di Maria turut menemui sentuhan penyudah untuk PSG yang akan bertemu Marseille dalam pertembungan 'Le Classique', hujung minggu depan.

Advertisement

Must Watch Video