Edinson Cavani masih "dalam kesakitan" menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2018 yang menemukan Uruguay dengan Perancis, namun ujian imbasan pada kecederaan betisnya sekurang-kurangnya mengesahkan ototnya tidak terkoyak.
Cavani dikeluarkan sejurus menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 2-1 Uruguay ke atas Portugal untuk menempah slot lapan pasukan terbaik.
Jurulatih, Oscar Tabarez, sebaik perlawanan itu berakhir berkata dia tidak pasti sama ada Cavani akan pulih tepat pada masanya untuk memainkan peranan penting dalam kejohanan ini dan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Uruguay (AUF) semalam mencetuskan keraguan mengenai peluang Cavani untuk bersedia menghadapi Les Bleus.
Ujian imbasan menunjukkan Cavani mengalami 'luka edematous di otot kembar kaki kirinya' sambil menambah maklumat 'tanpa melibatkan koyakan di bahagian otot'.
Bercakap selepas perlawanan dengan Portugal, Cavani berkata: "Saya berharap ia tidak ada apa-apa, kami akan melihat apa yang berlaku, kami akan melakukan pemeriksaan (perubatan). Saya berasa sakit di betis dan saya dan tidak dapat meneruskannya (perlawanan)."