Skip to main content

Bola Sepak

Carvajal hampir kembali bersama Real Madrid

carvajal-closing-in-on-real-madrid-comeback.jpg
Bek kanan Real Madrid, Dani Carvajal, menyasarkan untuk kembali ke sesi latihan penuh minggu depan.

Carvajal -- antara tonggak daripada senarai panjang pemain yang mengalami kecederan dalam skuad Zinedine Zidane -- terlepas empat perlawanan terakhir kerana masalah hamstring.

Pemain pertahanan itu dilihat tidak akan kembali untuk menghadapi Celta Vigo hujung minggu ini ketika Real jelas mahu membalas dendam akibat disingkirkan skuad itu dalam Copa del Rey minggu lalu di Balaidos, sebaliknya kunjungan ke Osasuna pada 11 Februari menjadi tarikh sesuai untuk pemain itu.

"Saya bekerja keras untuk kembali dan saya bersama dengan ahli terapi minggu ini. Kini saya mula bersama bola," katanya.

"Jika semuanya berjalan seperti dirancang, saya akan kembali dan berlatih bersama seluruh skuad pada Selasa depan."

Real bangkit daripada kekecewaan dalam Copa del Rey dengan menewaskan Real Sociedad 3-0 dalam aksi LaLiga semalam, dan Carvajal mengakui betapa penting pasukannya kembali ke rentak kemenangan.

Kemenangan itu lebih manis selepas pesaing terdekat, Barcelona dan Sevilla, gagal untuk menang, sekali gus meningkatkan kelebihan Real dengan jurang empat mata.

"Ia satu perlawanan penting dan kami mendapat kemenangan penting," kata Carvajal.

"Pesaing terdekat kami keciciran mata dan kami berjaya melebarkan jurang dengan mereka.

"Kini masa untuk berehat dan bersedia untuk perlawanan Ahad ini di Vigo, yang pastinya seperti final."
 

Advertisement

Must Watch Video